Monday, December 29, 2008

hati dan perasaan

hati kita perasaan kita

bila berbicara tentang hati..perlu dijaga
semua perkataan dan perbuatan
mestikah hipokrit itu wujud??
diri kita rasa apa yang mungkin terjadi
perasaan ini, anugerah ini, tuhan beri

bagi ku

perempuan senang berubah hati
akalnya 1
nafsunya 9
keputusan nya nafsu tanpa akal

Sunday, December 21, 2008

ini bagus - from, fynn jamal

sorry, sayang. kita terpaksa berpisah.

ada banyak cara memutuskan cinta.
taraf ekstrimnya terdasar mengikut jantina juga.
tapi ada sesetengah situasi, perempuan lebih kejam dari lelaki.
ada pula di sedikit2 kes, lelaki lebih menghinakan diri dari perempuan.

semua terpulang pada pemutus tersebut.
tetapi secara amnya,


1) gaya direct

contoh:
i) "saya tetap dengan agama saya. maaf. saya tidak mungkin akan tukar pegangan hidup saya. Allahu akbar"

ii) "i tak boleh blah dengan perempuan yang tak boleh terima life i. mak bapak i pun tak banyak bunyi macam u"

iii) "awak dah pilih dia. saya redha"


2) gaya pusing2

contoh:
i) "bukan saya tak nak. tapi A cakap awak kata B suka kat awak, lepas tu saya tanya C, dia kata A ckp benda yang betul... blablabla (semakin ramai huruf yang akan mula keluar, sampai serabut)"

ii) "ntah... saya pun tak tahu... awak baik... tapi saya tak boleh sayang awak... mak saya... lepas tu dulu masa saya kecik2... (semakin merapu)"

iii) "bukan salah awak. saya yang jahat. saya kejam. saya tak pakai tudung. saya minum arak. saya kaki joget. saya hisap dadah. saya saya saya saya. bukan awak....... (bukankah yang sepatutnya minta putus, pasangan itu, kalau dah mcm2 haramnya perangai sang peminta putus?)"

iv) "i ada barah otak"


3) gaya freestyle

i) melalui sms: "sorry. i cant be with you"
ii) melalui kawan2: "dia cakap dia tak mau jumpa kau lagi"
iii) terus diam tanpa memberitahu apa2 status.

apa2 gaya sekali pun, cara mencincang perhubungan (walaupun seiras), tidak sama dengan kaedah melangkah pergi dari kekasih di negara2 luar. faktor2 seperti budaya dan adat resam sangat mempengaruhi perbuatan kita sehari2, sekuat mana kita jeritkan kita ini anti budaya.

it is just within us.
deal with it.

kategori2 yang masih tidak lengkap di atas hanyalah cebisan2 dari realiti yang sebenar. dan harus kamu maklum, ia cuma digunapakai mereka2 yang masih berada di fasa pre-marital, atau di takuk percintaan.

jelas, cerai-nikah bukan sesuatu yang mudah.

hari ini perbincangan akan hanya menyentuh putus-sambung pasangan yang belum diikat. bagaimana mudahnya meluah 'selamat tinggal', sama ada dari bibir sendiri atau melalu suara penyanyi yang menyanyikan perasaan hatinya dengan lebih tepat.

ai dediket lagu ni untuk yu. ekceli, itu yang ai rasa.

oh, klise hidup remaja.
1) terpandang / diperkenalkan melalui rakan2
2) sokongan padu dari teman2 yang kononnya kasihan melihat kamu sendirian ketika mereka diulit cinta dewa-dewi
3) mula cenderung minat
4) fasa terlanggar tangan, meremang bulu roma
5) sedikit2 mencari alasan indah untuk bersama (contohnya dia rajin sembahyang, ibubapanya baik, sijilnya phd)
6) terikat dalam satu hubungan khas yang bermula dengan penyataan "kitorg sudah declare"
7) tempoh 3-4 bulan paling indah dalam dunia
8) mula rasa rimas kerana tidak tahu ke mana hala tuju. hendak kahwin, belum mahu / mampu.
9) perangai asal muncul setakuk2.
10) ulang langkah 1 hingga 9
11) guna salah satu kaedah memutus di awal perbincangan tadi: a) gaya direct, b) gaya pusing2, atau c) gaya freestyle.

memang mudah untuk angkat kaki. ibu bapa yang tidak berapa peduli kerana sudah begitu maklum yang itu cinta monyet, dan kawan2 yang sudah terlalu mengenali kamu itu pasti akan menopang kamu di setiap masa jatuh bangun.

maka yang tinggal hanyalah kamu.

persoalan mahu terus atau tidak. kalau terus, blablablabla. kalau putus, blablablabla. semua atas kamu. berbuih2 mulut orang menasihat pun, kalau sudah tidak mahu, tidak mahu juga.

kan?

kadang2, kamu tahu apa jawapan soalan2 yang bermain dalam kepala. cuma kamu hendak dengar perkara yang sama dari bibir orang lain. supaya tidak kamu rasa cuma kamu yang berfikir sedemikian perkara.

mungkin, agar di satu hari yang jawapan itu menikam kamu dari belakang, ada juga seseorang untuk sama2 menanggungnya.

contoh:

ada teman lelaki kaki pukul.
ada abang yang sering mencuri.
ada bapa yang menyentuh kamu secara tidak betul.
ada teman yang menggunakan wang kamu berhari2.

"apa patut saya buat, fynn?"

jawapan aku mudah.
sayang, kamu sudah ada jawabnya.

entri hari ini aku dedikasikan buat seseorang yang berperangai seperti... alahai. entahlah. bercinta sama sahabat aku sekian lama, nan datang rasa bosan, tiba2 mendiam diri. tahu2, sudah lebih sebulan. dan tiba2 hendak ketemu menguruskan harta bersama.

talian telefon kembar.
wang pinjaman bersama.
itu ini.
untuk dipisahkan.

langsung tidak ada keterangan kenapa, sejak bila, bagaimana.

nasib baik sahabat aku ini kepala gila2.
"kau tak hendak, aku tidak ajak"

maaflah. tapi aku tidak mungkin faham sifat manusia lelaki kelantan.
sampai bila perempuan harus menyembah kalian?

ps: over-generalization ini KHAS menurut bancian aku SENDIRI. jgn fikir aku sedang menyebarkan propaganda anti-lelaki kelantan, ok. aku ada sahabat dari kelantan. ada juga yang jauh lagi kool dari lelaki lain.

tapi entahlah. kebanyakannya.
BUKAN SEMUA.

tapi ini cerita bukan kali pertama weh. bukan dua, tiga, sepuluh, lima puluh lapan orang. banyak kali telah aku telan cerita lelaki kelantan terlalu chauvinistic.

*terfikir*
tapi, kan... mungkin yang itu2 abe klate yg culture shock kot...

yang alim2 dan indah bahasanya, aduhai...
muda2 sudah nikah,
hidup nampak sangat simplistik,
tenang, dengan anak2 kecil bermini telekung.

alahai...
sejuk mata mak, nak.

:)

tuhan,
kau lebih tahu apa di dalam hati ini.
maka perkenankanlah.

dan jadikan dia soleh dan solehah.
bukan seperti aku.

amin.

sebelum apa2, komen anon yang tidak fasal2, akan aku deletekan. ya, aku bodoh, bangang, tidak ada akal, blablablabla.


Tuesday, December 16, 2008

aku kongsi hidup yang baik

click on image please....

Saturday, December 13, 2008

curiga

curiga

pernah anda curiga dengan teman/kekasih hati/syg/B anda?
jangan tipu diri sendiri. sedikit sebanyak mesti pasti.
apa itu curiga???
entah.
saya juga curiga dengan maksud curiga.
jujur. bagaimana pula?

percaya atau tidak?
perasaan curiga tidak akan timbul sekiranya kita tidak tahu
setuju?

cuba bila sesuatu itu sudah jadi di depan mata?
adakah anda terus curiga atau sebaliknya?
chenta pasti?
kata hati?
jujur ikhlas.
semoga mengerti masa-masa akan datang

Thursday, December 11, 2008

erti?? anda mengerti??

cinta

ada kala bagi bahgia.ada kala bagi duka.
semua kerna cinta.

cinta

ada menangis.ada tertawa.
ada gelisah.ada pasti.

cinta

kerna apa wujud cinta.
sedang kan jodoh lagi di tangan kuasa.
siapa boleh lawan.
manusia? layak?

cinta

aku belum tahu apa itu cinta.
aku penat.

Monday, December 1, 2008

cuba pilih...yang mana satu...

yang mana satu akan jadi pilihan hati korang??

project engineer or sailor

gaji RM2200 atau RM7000

Lancer GT atau kancil tahun 2005

rakyat biasa atau keturunan tengku, megat....atau mungkin syed ???

sedih kan bila kita kena menilai manusia laen. sedangkan kita sendiri tak tahu harga diri kita

Thursday, November 27, 2008

Pena A.R.I.S


1) Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2) Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3) Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul :) Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4) Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5) Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.


artikel yg sangat menarik. mungkin ada maksud di sebalik cinta.
bagi aku, cinta itu maksud. maksud antara dua insan itu sendiri serta kekuasaan tuhan. tepulang kedapa penilai, diri, dan juga akal fikiran. sejauh mana cinta itu kita yang maksudkan.

Monday, November 24, 2008

petanda tanda tanya

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Sunday, November 23, 2008

chenta diri...berhenti

BERHENTI

  • Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).
hurm...otak jadi lemah

  • COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan.
hurm..sakit jantung plak

  • Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.
hurm..kanser mulut pun kena gak??

  • Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.
hurm...penyakit lupus???

  • Sindrom bayi mati mengejut (SIDS)
hurm..ibu2..jaga. anak dalam kandungan pasti mati

  • Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut.
hurm..kesihan bayi dalam perut dah dpt sakit.

  • Risiko mati pucuk
hurm..laki2..jaga2..

  • Hilang penglihatan - terutama perokok berumur.
hurm...bahaya nie

  • Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok
hurm..hati2 kepada mereka yg bergenetik lemah

  • Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok.
hurm..anda berdengkur???

  • Kanser payudara
hurm..kaum hawa, henti merokok

berhenti adalah lebih baik dari mencegah?? anda pasti?? cuba pikir2 kan

Thursday, November 20, 2008

jika itu kata chenta

pernah cinta??

mengapa bila lelaki kawan ngn perempuan...perempuan itu akan marah akan lelaki tersebut.
dan sering berkata "saya rasa cemburu", "menduakan saya??"

tapi mengapa bila perempuan kawan ngn lelaki..lelaki itu akan redha dan mengetahui bahawa "owh,mereka hanya berkawan,tidak mengapa". dan hari mendatang lelaki itu malang. kawan menjadi lawan.

begitu lah kejadian sabaliknya. sarupa tapi berbeza. jujur pasti ada serta setia.

Sunday, November 16, 2008

baca paham dan baca kembali

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

Monday, November 3, 2008

pertama kali

aku akan mencerita kan kisah ceritera chenta yang pasti benar depan mata aku.
apa itu chenta???